Posted by: pkab | 29 April 2008

Aplikasi Peta Konsep Meningkatkan Pemahaman Sejarah Tingkatan 3


Judul asli: Aplikasi Peta Konsep Dapat Meningkatkan Pemahaman Pelajar Sederhana Dalam Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan 3


Oleh: AHMAD BIN MAN
SMK Gunung Semanggol
34400 Simpang Empat Semanggol, Perak D.R , Malaysia

1.0 OBJEKTIF KAJIAN
1.1 Objektif Umum
Adalah diharapkan dengan kajian dan tindakan ini akhirnya pelajar dapat menguasai pengetahuan sejarah yang diajarkan serta mengambil manfaat daripadanya.

1.2 Objektif Khusus
1.2.1 Guru dapat mempelbagaikan amalan pengajaran supaya pemelajaran dapat berlangsung dalam suasana menyeronokkan.
1.2.2 Pelajar boleh melengkapkan peta konsep sesuatu topik untuk memahami kronologi peristiwa.
1.2.3 Pelajar dapat kemahiran bersosial melalui aktiviti berkumpulan.
1.2.4 Peratus lulus Sejarah dapat ditingkatkan.

2.0 KUMPULAN SASARAN dan KAEDAH KAJIAN
Kumpulan sasaran terdiri daripada 35 orang pelajar sederhana Tingkatan 3 Al-Tirmizi SMKGS.
Kaedah kajian akan merangkumi
i. Pemerhatian Tingkah Laku Pemelajaran dan soal selidik lisan
ii. Analisis Markah Ujian/TOV
iii. Analisis Jawapan Ujian

3.0 PERLAKSANAN KAJIAN
3.1 Tinjauan Masalah dan Dapatan
i. Pemerhatian Tingkah Laku dan Soal selidik lisan.
Berdasarkan pemerhatian tingkah laku pemelajaran serta soalan-soalan lisan yang diajukan kepada pelajar 3T, masalah-masalah berikut dikenal pasti sebagai antara halangan pencapaian lebih baik dalam ujian sejarah.

a) Kaedah belajar hanya bertumpu kepada aktiviti membaca dan menghafal.
b) Bidang atau skop topik yang luas.
c) Nilai komersial yang rendah terhadap mata pelajaran sejarah.
d) Sejarah dianggap sebagai pelajaran tidak berfaedah pada zaman kini

ii. Analisis Markah TOV dan Ujian
Markah TOV dan Ujian Selaras 1 bagiTingkatan 3T sesi 2005 adalah seperti berikut:

Gred Pencapaian TOV(2004) Ujian Selaras 1
A 2 1
B 6 7
C 16 16
D 10 10
E 1 1

iii. Analisis Jawapan Ujian
Dalam Ujian Selaras 1 sesi 2005 analisis jawapan dijalankan bagi mengesan aspek-aspek yang didapati pelajar lemah penguasaannya. Soalan-soalan ujian meliputi Bab 1. Soalan-soalan dibahagikan kepada topik berikut :

Jumlah Peratus Pelajar Jumlah
Topik Soalan Menjawab Dengan Pelajar
(40) Betul
Kedatangan Jepun 12 7 %
Dasar Pemerintahan Jepun 10 3 %
Reaksi Penduduk Terhadap Dasar-dasar
35
8 8 %
Jepun
Kesan-kesan Pemerintahan Jepun – Politik
10 10 %
/ Ekonomi / Sosial

3.2 Analisis Dapatan
Berdasarkan tinjauan kajian dan dapatan, data yang diperolehi pada 4.1, i. (a hingga d) menunjukkan pelajar kurang berminat terhadap mata pelajaran sejarah. Bagaimanapun dapatan a dan b berkait rapat dengan kaedah pengajaran dan pemelajaran yang dijalankan.

Bagi masalah a – Kaedah belajar hanya bertumpu kepada aktiviti membaca dan menghafal. Hal ini menunjukkan perlunya cara lain untuk belajar. Ramai pelajar tidak menguasai kemahiran menghafal dengan baik.

Bagi masalah b – Bidang atau skop topik yang luas menyebabkan pelajar tidak dapat memokuskan isi kandungan pelajaran. Hal ini kerana pelajar lupa akan kandungan pelajaran terdahulu dan tidak dapat membuat perkaitan peristiwa secara kronologi.
Berdasarkan dapatan ii, data yang diberikan menunjukkan terdapat pengurangan jumlah mendapat A. Untuk makluman, tindakan berdasarkan kajian ini hanya dilaksanakan selepas Ujian Selaras 1. Oleh yang demikian, perbezaan tidak begitu bermakna.

Data iii menunjukkan analisis peratusan pelajar yang menjawab soalan yang berkaitan dengan topik secara spesifik. Peratusan tersebut mewakili jumlah pelajar yang menjawab semua betul. Berdasarkan data didapati bahawa sub topik Dasar dan Reaksi Penduduk merupakan tajuk yang paling sukar. Tajuk tersebut mengemukakan soalan-soalan pada aras kefahaman. Oleh yang demikian, dijangkakan bahawa pelajar tahu tetapi sukar memahami.

3.3 Tindakan
Berdasarkan analisis di atas, dapatlah dirumuskan bahawa ramai pelajar sederhana (3T) tidak mendapat markah yang baik dalam ujian sejarah kerana tidak memahami peristiwa secara kronologi. Oleh itu, saya berpendapat teknik pengajaran dan pemelajaran yang lebih menarik hendaklah dijalankan.
Berdasarkan pengalaman dan pengamatan pelaksanaan buku teks Sejarah Tingkatan 3, didapati penggunaan Peta Konsep dapat membantu pelajar memahami urutan peristiwa secara sistematik. Peta konsep dalam buku teks tersebut hendaklah diperincikan sub-sub topiknya juga boleh dijadikan model latihan topikal.
3.4 Pelaksanan Tindakan dan Penilaian
Penggunaan Peta Konsep merupakan teknik P&P yang disarankan semasa

i. Memperkenalkan tajuk – Semua pelajar diberikan helaian yang mengandungi
peta konsep topik-topik tertentu dalam bab tersebut. Topik-topik telah
dinyatakan seperti terdapat dalam buku teks. Bagaimanapun guru perlu
membahagikan pecahan-pecahan peta konsep tersebut kepada sub-sub topik
yang akan kategorikan oleh pelajar dalam peta konsep yang sama.
ii. Setelah selesai sesuatu sub topik – Pelajar dikehendaki melengkapkan tajuk sub
topik mengikut topik dengan betul secara berkumpulan atau individu sambil
membuat rujukan.
iii. Setelah selesai sesuatu topik – pelajar dikehendaki melengkapkan peta konsep
sebagai satu latihan.

3.5 Refleksi Kajian
Setelah melaksanakan teknik melengkapkan Peta Konsep bagi sesuatu Bab, refleksi
seharusnya dilakukan untuk menilai sejauhmana perlaksanaan tindakan mencapai
matlamatnya. Oleh yang demikian, data seperti 4.1 diperolehi semula selepas
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2005.

i. Soal selidik secara lisan menggunakan soalan yang sama diajukan bagi
mengamati masalah a – 60 % pelajar (3T) mengatakan bahawa usaha menghafal
menjadi lebih mudah berdasarkan peta konsep. 40 % mengatakan bahawa peta
konsep membantu merumuskan kandungan pelajaran dan senang difahami.

Gred Pencapaian Ujian Selaras 1 Pep.Pertengahan
Tahun
A 1 3
B 7 5
C 16 20
D 10 6
E 1 1

ii. Data di atas menunjukkan ada peningkatan dari segi bilangan A dan C. Walaupun masih terdapat seorang yang gagal, namun % pencapaian menunjukkan peningkatan apabila jumlah D berkurangan.

4.0 RUMUSAN
Penggunaan peta konsep merupakan satu daripada beribu teknik yang ada. Dengan penggunaan teknik ini adalah diharap dapat membantu para pelajar menguasai isi pelajaran sejarah dengan lebih mudah untuk lulus peperiksaan.

Sumber: Kementrian Pelajaran Malaysia (PDF File)

About these ads

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,172 other followers

%d bloggers like this: